Dipetik dari Harakahdaily.
KOTA BHARU, 20 Mac (Hrkh) - Ibu bapa diminta turut memainkan peranan bagi memberi galakan kepada anak-anak menceburi bidang perniagaan tanpa mengharap sepenuhnya untuk makan gaji.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia, Haji Zukifli Mamat berkata, melalui galakan itu ia boleh memberi motivasi kepada golongan muda menjadi usahawan yang berjaya.
“Secara tidak langsung apabila ada restu dari ibu bapa, ia juga memberi keberkatan dalam perniagaan yang diceburi,” katanya ketika merasmikan seminar Keluarga Sebagai Unit Komersial di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, seseorang usahawan biar pun mempunyai modal dan ilmu, namun tanpa restu ibu bapa perniagan mereka kemungkinan tidak akan berjaya.
Sehubungan itu, ibu bapa harus menukar mentaliti daripada mengharap anak-anak berkerja makan gaji kepada memilih bidang perniagaan sebagai kerjaya sepenuh masa.
“Lagi pun Islam telah menjelaskan sembilan daripada 10 sumber rezeki datang dari perniagaan. Bagaimanapun ada sesetengah di kalangan kita tidak mahu menjadikan perniagaan sebagai budaya hidup.
“Malah ada yang mengambil jalan mudah untuk kaya sehingga ramai yang menjadi mangsa skim cepat kaya dan tidak kurang juga terlibat dengan judi,” ujarnya.
Seminar selama sehari itu disertai 150 peserta dari seluruh Kelantan. Ia dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Pupuk Nilai Murni Bhd.
Wednesday, March 21, 2007
Friday, March 16, 2007
300 cawan DADIH pd Minggu As-SUNNAH
ALHAMDULILLAH. Percubaan pertama mendatangkan hasil.
Sempena Minggu As-SUNNAH Kebangsaan yang diadakan d Masjid Alwi, Kangar, Perlis, kami mengambil kesempatan utk melancarkan pengeluaran DADIH. Sepanjang program, sebanyak 300 cawan dadih berjaya di jual dengan purata 60 cawan sehari. Laku keras kata anak-anak yang menjaga d gerai kami itu. Hehe.
Baru dapat rentak semula selepas kurang lebih 2 bulan tak buat dadih.
Cadang lepas nie, nk start masuk sekolah dan IPT.
Doakan kejayaan kami.

Subscribe to:
Posts (Atom)