Dipetik dari Harakahdaily.
KOTA BHARU, 20 Mac (Hrkh) - Ibu bapa diminta turut memainkan peranan bagi memberi galakan kepada anak-anak menceburi bidang perniagaan tanpa mengharap sepenuhnya untuk makan gaji.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia, Haji Zukifli Mamat berkata, melalui galakan itu ia boleh memberi motivasi kepada golongan muda menjadi usahawan yang berjaya.
“Secara tidak langsung apabila ada restu dari ibu bapa, ia juga memberi keberkatan dalam perniagaan yang diceburi,” katanya ketika merasmikan seminar Keluarga Sebagai Unit Komersial di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, seseorang usahawan biar pun mempunyai modal dan ilmu, namun tanpa restu ibu bapa perniagan mereka kemungkinan tidak akan berjaya.
Sehubungan itu, ibu bapa harus menukar mentaliti daripada mengharap anak-anak berkerja makan gaji kepada memilih bidang perniagaan sebagai kerjaya sepenuh masa.
“Lagi pun Islam telah menjelaskan sembilan daripada 10 sumber rezeki datang dari perniagaan. Bagaimanapun ada sesetengah di kalangan kita tidak mahu menjadikan perniagaan sebagai budaya hidup.
“Malah ada yang mengambil jalan mudah untuk kaya sehingga ramai yang menjadi mangsa skim cepat kaya dan tidak kurang juga terlibat dengan judi,” ujarnya.
Seminar selama sehari itu disertai 150 peserta dari seluruh Kelantan. Ia dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Pupuk Nilai Murni Bhd.
Wednesday, March 21, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
alhamdulillah. hehe..ummi laa org yg paling menggalakkan anak-anak buat bisnes. abg dulu dari kerja company construction, jaga kedai buku n fotostat n skrg alhamdulillah dah mcm-mcm jenis bisnes dh buat..best!
Post a Comment